Slm Olllsss....
Entry ni about L.O.V.E....~cinta~
(mood emo n jiwang2..hihi)
Ollss..setuju x klu saya ckp...
Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.....
Sebab..bg saya..inilah cinta..
Kalau kita mencintai seseorg...kte tak boleh biarkan kesibukan menyebabkan kte jarang lagi memberi masa, perhatian, senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan kita...
Kte perlu ingat..jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah cinta yang bersifat 'kosmetik' semata-mata..tetapi.. luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang dapat dilihat dan dirasakan...sekali-sekala being 'romatic' kan best... :)
Yang paling penting..kte jangan sesekali mengabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara kte dan kesayangan kte...
Cinta itu adalah cinta Allah..Jagalah cinta kita kepada Allah..kerana insya-Allah...Allah akan terus menyuburkan cinta suci kte bersama kesayangan kte...
Dan dengan itu...Allah akan berikan hidayah dan taufik ke dalam hati kita untuk terus berpegang pada matlamat....
Kita akan sentiasa beringat bahawa dunia dan segala isinya ini hanya alat untuk memburu cinta Allah... Dan hanya dengan memburu cinta Allah maka cinta kita akan dikekalkan-Nya....
Iman...kasih saying...cinta... (~DreAMs~)
Jadilah dunia umpama kebun yang kita pagar, kita bersihkan dan kita tanam dengan pohon-pohon kebaikan yang hasilnya kita tuai di akhirat......
Jadikanlah dunia umpama jambatan yang kita lalui....
Lihatlah Rasulullah SAW. Betapa sibuknya baginda... tetapi masih ada masa berlumba lari bersama Aisyah isterinya...
Betapa besar perjuangannya... tetapi masih mampu meluangkan masa bersama isteri yang hendak melihat tarian dan permainan pedang di suatu Hari Raya.
Ketika baginda kaya, dikorbankannya harta... kerana baginda tidak kehilangan cinta...
Ketika baginda miskin... dihadapinya dengan sabar kerana di dalam hatinya tetap ada cinta. Baginda tidak pernah kehilangan cinta kerana di dalam hatinya ada cinta yang lebih besar... cinta Allah!
Alangkah bertuah dan bahagianya sekiranya cinta 'kesayangan' kita seteguh dan sekuat cinta Rasullullah s.a.w kepada isterinya...
So olllsss...
Sama2lah kte sentiasa berdoa...semoga di akhir pencarian kte...kte dikurniakan teman dan pelengkap hidup kte yang seperti Rasullullah s.a.w...InsyaAllah....Aminnnn.....
"Kekasihku...kesayanganku...aku tidak mengharapakan yang terbaik..hanya cukup sekadar aku bahagia bersamamu...." |
~DreAMs~

0 comments:
Post a Comment